hari kedua jogjakarta (part 3)

Jumaat, 20 Julai 2012

haa...hari ketiga, kami rancang pegi ke 3 tempat, borbodur, merapi dan prambanan

candi brobudur

Disebabkan kami nk tengok matahari terbit, konon-kononnye la kan, so kami puh gerak dari hotel lepas subuh, dalam jam 4 am la...rupe2nya pak sulis dah tunggu kami kat luar dari jam 3 pagi lagik.mak aih...awalnya datang. perjalanan ke brobudur amek masa dalam 1 jam lebih, mula2 tu niat nk pegi satu bukit tu, lupe la pula namenya, tp atas saranan pak sulis, kami teruskan je pegi brobudur, sampai kat area tu dalam jam 5 lebih, so ada lagi setengah jam sebelum pintu utama brobudur di buka. jadinya pak sulis ambil keputusan untuk bawa kami melawat kampung2 yang terdapat berhampiran dengan candi tu. Subhanallah, sedapnya udara. terasa segar sangat. ye ar, dah namanya masuk kampung, kampung nya pula byk tanaman. penduduk kat sana awal pagi lagi dah bangun, joging. sempat la juga kami ambil gambar sawah padi dan tanaman2 lain. bila dah dekat jam 6, kami pun ambil keputusan kembali ke candi brobudur. disebabkan kami pelancong asing maka harga tiket sangat2 tinggi berbanding dengan pelancong tempatan. kami dapat diskaun sebanyak IDR 10k, so kami juz bayar IDK 170000...fuhhh,tiket termahal yang pernah kami bayar selama duduk di jogja. kelebihan pelancong asing nih, dia siap bg minuman pagi (kopi/tea) sebelum naik ke candi brobudur. hati2 disni sbb tiap masa akan ada peniaga2 yang akan memujuk rayu supaya kite beli barangan dia. waa nasib baik kami tak tergoda. ok lah, tamau cakap banyak...jom layan pic kat brobudur. maaflah gambar pakai hanset aja, gambar yg lain blum ada lagi.





 haa nk masuk kat candi ni memang kena pakai kain sarung pendek tuh...hehehe


nmpk x view merapi?ala..merapi mount yg meletup dua tahun lepas tuh...pas ni kte citer pasal tu pula ea.

ok lah..cukup la dulu untuk brobudur. yang pasti lepas je keluar dari brobudur kena hati. pesanan dari penaja...

1. hati2 dengan peniaga2 yang ada kat bawah bhgian tu, dia akan datang kat kita, n paksa kita beli barang dia. n pujuk sampai la harga yang dia tawarkan jatuh lebih murah dari yang asal. masalahnya, bila kita dah beli kat sorg, kompem kejap lagi kawan2 dia yg lain akan datang serbu kita...hehehe

2. juz follow je anak panah bila nak keluar. nnt akan ada satu tempat tu, ada satu pintu keluar tp menuju ke pasar tempat jual barang2 cenderahati. bila je kita dah melintasi dorang, kompem dorang akan panggil kita n cakap pintu sebenar keluar bukan arah yang tu..sebaliknya menuju ketempat pasar2 cenderahati tu. haaa kat cni jugak la dorg akan sedaya upaya paksa kita beli barang. nasib baik kami teringat, dan cepat2 keluar dari tempat tu dan menuju ke arah anak panah yang sebenar.

0 ulasan:

Catat Ulasan