adab menguap

Selasa, 21 September 2010

1. Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang
menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika
menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

jumpa orang yang salah?

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup
itu terlalu lama tinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.

kegagahan wanita...

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah

Adalah Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan,

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta gara dipenuhi segala keinginan,

Adalah perempuan yang berdiri di atas teguh imam

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan....

hitam ke yang putih?

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda
lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya
beberapa soalan?

"Oh, boleh saja" kata gembala itu.Orang itu berkata, "Berapa jauh
biri-biri
ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala. "Yang putih." "Ah,
yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari." "Dan yang
hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih." "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap
hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo
bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau membezakan
biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan
saya,padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang
putih
itu adalah milik saya."

"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...kalau yang hitam tu pulak siapa
punye?"

"Yang hitam pun sama," kata gembala itu.

P/S : sakit hati tak....?!!!

kerana dia seorang wanita...

“Ibu kenapa menangis?” tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak “Kerana ibu seorang wanita” jawab si ibu sambil mengesat air matanya. “Apa maksud ibu?” si anak bertanya lagi. Ibunya cuma tersenyum, sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat lalu berkata: “Anakku, kau memang takkan faham...”
Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya: “Ayah, kenapa ibu mudah menangis?” “Semua wanita memang mudah menangis,” hanya itu jawapan yang mampu diberikan.
Masa berlalu... si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis? Sampai waktunya, si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya ke dalam mimpi.
Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: “Anakku... Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. “Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.
“Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah. “Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.
“Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.
“Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau seringkali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
“Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya. “Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata”
“Air mata wanita adalah air mata kehidupan,” tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita...

luka...lukis...terbang...

Sabtu, 18 September 2010

ketika seorang sahabat melukai kita,
kita harus melukisnya di atas pasir
agar angin maaf datang menghembus
dan menghapuskan tulisan tersebut...
dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi...
kita harus memahatnya di atas batu hati kita...
agar ia tidak mudah hilang ditiup angin.....

ada apa dengan tomato ....


hari ni nk cerita pasal tomato lak...ape la yang ada kt tomato ni ea...erm...makan mcm tu saja pun sedap gak, kalau letak kt masakan pun ada keenakkan tersendiri...dalam keenakan tomato nih, banyak khasiat yang boleh diperoleh daripada tomato...
hah kalau nak tau. tomato ni kaya dengan vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. selain itu tomato juga kaya dgn zat besi dan serat.
kajian yang dilakukan di Amerika syarikat, mendapati bahawa pigmen or kulit merah pada tomato ni mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
untuk kaum wanita pula, sudah tentulah masing2 mengimpikan kulit yang bersih dan awet muda...tomato ini dikatakan mampu mengecilkan liang roma, mengurangkan jerawat dan merawat penyakit kulit. nak tau petua2 mengenai kegunaan tomato? baca kt bawah ni ea....

1. mengecilkan liang roma
~ campurkan satu sudu juz tomato segar dengan 2-4 titik jus limau. kemudian sapukan dengan menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan2.biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam. cara ini digunakan untuk mengecilkan lagi liang roma...setelah itu barulah sapukan pelembab muka yang korang gunakan...

2. merawat jerawat
~ hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. lakukan setiap hari sehingga jerawat hilang.

3. menyejukkan kulit yang rosak
~ kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. bilas dengan air suam.

hah ape lagi...selamat mencuba....

baru nak cerita pasal raya

tahun ni masuk tahun kedua yang berturut2 aku raya jauh dari family aku yang 12 orang tu, sedih memang sedih, tapi kurang sikit sbb beraya dengan macik yang tinggal di jb, dan lagi adik pun raya sama...so sedih tu xde lah sangat. tapi aku tetap bersyukur juga sebab diberi peluang untuk merasa aidilfitri...
erm...banyak sangat bezanya kalau kita raya jauh dari family...pertamanya sudah tentu mood raya tu xberapa nak ada, nk buat kuih pun rasa mcm xbest jer, apatah lagi nk beli baju raya, confirm masa pilih2 baju teringat ngan adik2, terbayang2 macam mana lah dorg buat persiapan raya tahun nih, apa baju yang dorang pakai, kuih apa yang dorang buat, semua lah...
sebenarnya masuk tahun ni dah 4 kali aku raya di negeri orang. aku ingat lagi pertama kali aku beraya jauh dirantau, masa tu aku ikut member balik kampung, semangat nk balik raya tinggi sangat2, sbb nak tau apa lah rasanya raya kat negeri orang. memang tak dinafikan ada juga perbezaannya, berdebar juga rasa hati ni sbb raya kat rumah orang kan...last puasa tu aku dah mula rasa sebak, sampai aku tak sanggup nak call mama kat kg, tak sanggup nak dengar suara adik2 aku, sbb terbayang di mata macam mana dorang sambut raya...sedih sangat2...tp aku tetap kuatkan hati, tak nak bg orang lain tengok aku nangis malam raya, tapi akhirnya air mata yang ku tahan tumpah jua di pagi raya, saat melihat kawan ku bersiap di hari raya...terus ingatan ku melayang ke kg, terbayang yang aku selalu siapkan adik2 yang kecik, siapkan juadah hari raya, masa tu aku dah xsanggup lagi, rasa mcm nak balik jer kg masa tu jugak, tp aku sedar bukan nya dekat pun sabah tu....gpun nak balik makan duit lagi...ish2...tak pasal2 aku nyusahkan bapa aku lagi...tp kisah ni dah lima tahun berlalu, namun ia masih segar diingatan...kenangan terindah namun sayu dihati...

aku dan mereka...

eh eh sebelum aku nk melalut panjang lebar pasal benda2 lain...bek aku perkenalkan mereka yang paling aku sayang...keluarga aku ni besar sebenarnya...ada 14 orang termasuk bapa n mama...hehehe..ramaikan...aku lak anak sulung...n aku ada 11 orang adik yg kat bawah aku...sikit jer kan...heheh...memang mcm2 hal dalam keluarga aku nih...mcm2 ragam...tp ape pun...walaupun mereka2 nih nakal...tp aku tetap sayang mereka...hehehe
aku lak dah lama berjauhan ngan keluarga..setahun dua kali jer balik..tu pun kalau balik...dah dekat 5 tahun merantau negeri orang...nasib baik la dalam malaysia lagi...tu yang bila jer masa balik kg...kena lah aku beli siap2 barang2 nk bg kat adik2 aku...xsampai ati aku tgk bila aku balik jer dorg terus serbu..tup2 tgk xde pape pun...tu yg asal jer balik kg..wajib ada buah tangan...melainkan aku balik mengejut ar...tu memang xsempat nk beli pape...

ape pun skrg aku memang sgt2 rindu kat sume...terutama skali adik aku yg baru...xmerasa jaga baby dah...sbb dia lahir masa aku jauh...sedihnye...

alamak....

sudah...masa ni lah dia baru nk muncul...adoiii...dah la isnin ni kelas dah start...ngan aku yg xsiap esaimen...adoiiiiyaiiii...cam ne la aku leh xtau ada esaimen multilayer switching nih...ni pun tau sbb aku buka fb pastu tengok2 ada budak kelas aku post status pasal esaimen tuh...fuhhh...lagi haru...esaimen tu kena tulis ngan tangan...dah la tulisan lebih kurang mcm tulisan doc jer...waaaaaaaa...tp ape pun aku faham...aku tahu napa lecture tu suruh kami tulis guna tangan...sbb nye dia nk kami ingat...nak kami faham supaya masa final nnt leh jawab exam tuh..pastu supaya apa yg ditulis tu diingat sampai bila2...hehehe
ish...dah la ahad ni nk balik h0stel dah...ngan esaimen baru nk buat...ni la balasan budak malas p kelas...hah padan muka aku...ape pun...mulai saat ini aku kena rajin balik...hehehe..insyaALLAH...semoga dipermudahkan segalanya...amin...gpun xlama lagi aku nk praktikal...kalau aku gagal sem nih...maknanye aku kena la extandkan lagi aku nyer praktikal ke sem seterusnya...adoii..lmbt la aku abes...xnk aku...huhuhuhu...

kuih makmur yang ku rindui...

orang lain buat biskut raye sebelum raye..aku lak buat biskut raye masa hari raye...hehehe...nk makan punya pasal....aku pun buatlah kuih makmur...org kg aku... kalau biskut panggil kuih jer...hehehe...rasa rindu sangat kt kampung...aku pun kuatkan la semangat untuk membuat kuih tuh...akhirnya...dekat jam 12am kuih aku pun siap..hehehe...lega rasa hati bila dapat makan kuih yg aku nak...walaupun kuih tu xbape nk sedap...xserupa mcm yg org jual..tp aku tetap puas ati sbb aku dpt makan...sbb aku yg buat sendiri...huhuhu...tapi tetiba teringat terus kt family...bila jer dah dekat nk raye...sibuk la sume nk buat kuih raye...masing2 dengan adunan sendiri...meriah sgt2...

akhirnya...

Jumaat, 17 September 2010

jadi juga puding karamel yg aku nk buat...fuhhh...dari dulu merasa nk buat...last2 baru ni terbuat...hehehehe...memang jadik ar... alhamdulillah...akhirnya merasa juga aku buat puding nih...walaupun sikit jer...






meh nk gtau cara nk buat puding karamel


bahan utk karamel
~ 75g gula pasir
~ sedikit air (aku letak dua sudu makan air jer)

bahan utk puding
~ 3 biji telur
~ 75g gula pasir (kalau nk kurang manis, silalah kurangkan gula tu ye...)
~ 250ml susu cair
~ satu sudu makan tepung jagung
~ sedikit esen vanila

cara buat karamel
~ masakkan gula pasir di kuali sampai kuning
~ masukkan air selepas gula pasir bertukar warna jadi kekuningan
~ letakkan adunan karamel ke dalam loyang dan biarkan sehingga karamel keras

cara buat puding
~ bancuh susu cair dengan gula sehingga sebati (jangan biar ada ketul2 gula tau)
~ kemudian masukkan telur tadi kedalam bancuhan susu, gaul sehingga sebati
~ tuangkan ke dalam loyang yang berisi karamel td
~ siapkan satu lagi loyang yg berisi air (agak2 blh menenggelamkan setengah loyang berisi pudng td
~ masukkan dalam oven pada suhu 180c selama 60 minit (selalu la tgk. n cara nk tgk sama ada puding dah masak or blm, cucukkan pisau ke dalam puding, n keluarkan. bila tiada apa2 kesan di pisau tersebut maknanye puding tu dah masak la tuh.)
~ bila dah masak, keluarkan puding tersebut dan masukkan dlm peti ais...(kalau xkeluarkan masa panas, nnt karamel yg ada akan keras...)


p/s kalau nk puding tu cantik....jgn lupa tapis bancuhan puding tu tadi ya...

~ bermula disini ~

assalammualaikum...salam perkenalan...semoga kelahiran blog baru ku mampu menjadi peneman setia ku...erm...testing...testing...hhehehe...apa la nk ku isi dalam blog ni ea...mudah2an semua nya mampu dikongsi bersama...amin...