ADISUCIPTO AIRPORT KE SURABAYA.

Khamis, 9 Mei 2013

Lebih kurang kul 1230pm, flight pun selamat mendarat kat adisucipto airport. fuhhhhh menggigil rasa badan, mana tak nye, landasan pendek so graviti masa mendarat memang kuat gila. nk turun lagi la menyeramkan. tp alhamdulillah sampai juga ke adisucipto airport. bila je kluar kat balai ketibaan dah ternampak dah pak sulisnya aka driver kami sepanjang 7 hari kat yogjakarta. disebabkan perut pun dah lapar. kami terus je ajak pak sulis g cari kedai makan. fuhhhhh lapo dowh...singgah jap kat nasi padang. boleh la...sambal sedap. tp harga agak mahal juga. bila dah setle makan, solat terus la gerak p surabaya.
haa nk p surabaya dari yogjakarta memang amek masa sehingga 9 -12 jam. trip kali ni kami terus ke gunung bromo, so memang xde reserve mana2 hotel la. utk keselamatan kami bergilir2 jaga supaya driver xterlelap.hehehe almaklumlah perjalanan memang super duper jauh. sebenarnya jalan xde la jauh mana cuma bila keadaan jalan tu tak sama macam kat malaysia, tu yg buat lambat. jalan kampung  je yg ada. so memang kena gilir2 teman pak sulis tu drive la. kalau x alamat la xsampai ke mana2.

sepanjang perjalanan memang subhanallah cantik sangat, dengan ada sawah padi, hijau je mata memandang. tp semua tu dapat tgk siang je la. sana kan awal gile malam. kul 530 dah gelap dah. tp yang bestnya, kemudahan memang selalu ada, cuma mushola dia bercampur, so agak payah sket la. tp sepanjang berenti kat pertamina, waa memang terbaik, toilet bersih, pastu selalu je ada pertamina. pertamina ni kalau kat malaysia mcm petronas la.
akhirnya sampai juga tempat yang di tuju iaitu penanjakan. kami sampai kat sana lebih kurang dalam kul 3 pagi. sampai je terus naik jep yang da ada. waaaa gile sejuk. gigil sehhh.

p/s :-trip p bromo nnt aku buat ya...nk tdo dulu...gpun pic blom ada..hehehe

0 ulasan:

Catat Ulasan